snow2012

snow2012

Thursday, June 28, 2012

feels like insomniaaaa, oooooooo~~

where all of this crazy energy comes from?

makan tongkat ali ke apa?

eh

Wednesday, June 27, 2012

Dumb as f*ck

Eh bodoh, bukak buku buku boleh? Nak fail ke? Tau ada quiz mengada tak tido?

Sunrise at 5.30am

Pernah jumpa orang paling bodoh? Tahniah, hari ni korang jumpa. Berjaga sepanjang malam. Check twitter 3 saat sekali Check phone setiap kali blink Oh kila, sial memang berkala. But it's constant war for me. Ps: tolong jangan jadi bodoh, dian. Kau hidup, tapi jiwa makin mati kat dalam.

Monday, June 25, 2012

sayang selasih hamba lurutkan

oesophagus pecah ke apa?

apsal merah2 pulak ni?

oh god..

aiiiiiiiiiiiiiiiii wannaaaaa sundayyyy kind of loveee #nowplaying

bulimic mode: segala apa yang masuk akan keluar dalam masa lima minit.

esok pulak kelas. mampus. bawak plastik gi kelas, kot2 sat lagi uweekkkkkkk

=.='

ps: acano nak puasa macam ni? >.<

Sunday, June 17, 2012

memang awesome

manusia.

sampai us. tayang lah segala beg coach yang dibeli, iphone 4, perfume Calvin Klein, hatta bra Victoria's secret di facebook. tak boleh dapat di tempat asal katanya. murah. murah.

pulang summer. tayang pulak pelbagai juadah. dari milo panas untuk sarapan sampai biskut munchies' makan sebelum tido. tak boleh dapat kat mana2 tempat lain dalam dunia katanya.

*bukan dengki, tapi apa point kau?

Wednesday, June 13, 2012

i miss you i'm not gonna crack!! #nowplaying

kata fiqri, kalau dah rasa harapan tu macam fading, baik channel the energy to make yourself better.

"ubah mana-mana yang tak kena dulu dalam diri. sebab orang yang kau kejar sendiri pun tak pandang sangat kat kau, maybe it's time for reflection. apa yang jadi antara kau dan dia, serahkan saja kat Allah. kalau ada jodoh kau dengan dia, dan kalau betul dia sayang kau, nak buat kau jadi satu-satunya untuk dia, dia pun akan berusaha. macam mana dia boleh berusaha nak dapatkan kau dulu, patutnya dia boleh buat lebih lagi untuk jadikan kau halal untuk dia. sekarang ni, kau berusaha la nak improve diri. insyaAllah, rezeki Allah tu akan datang"

thanks fiqri for the pep talk =)

Sunday, June 10, 2012

#nowplaying the pretender-foo fighters

aku bukan perempuan yang lepak mamak malam-malam tengok bola. heck, even kat rumah pun aku tak pernah tengok. abah aku lain dari abah2 orang lain. he's not really a sports follower. kadang-kadang, kalau big event, maybe dia tengok la, like world cup. i think the only time tv rumah kitorang bukak bola bila world cup je kot. kalau adik aku tiba-tiba buang tebiat bukak bola, maybe because of peer pressure, kawan-kawan dia semua memang typical boys yang tengok bola. so senang cerita, kalau nak sembang pasal bola dengan family aku, emil je la yang tau sikit-sikit. abah aku memang tak follow pun sape2; ManU ke, liverpool ke, chelsea ke.
abah aku suka stay up malam-malam pergi memancing kat kolam. aku rasa sekarang dah tengah euro, abah aku pun tak ada geng nak memancing sekali. hahah!!
aku seriously tak amik tau pasal dunia bola sepak. nak-nak pulak kat us, sape je yang tengok bola. kalau kau pegi tanya mana-mana mat salleh, football team mana yang dia minat, silap-silap dia jawab bears or vikings (american football). tak adanya dia nak sebut dia suka team euro ni. dah football diorang lain. hahah!! so budak-budak malaysia je la yang follow european punya league. budak-budak international lain aku tak tau. aku ada tanya budak turki sorang, dia tau national team turki je. lain tak tau. hampeh betul.
so yeah, aku dulu masa sekolah ada je amik tau sikit-sikit. just to appear more appealing. perempuan kalau tau pasal bola selalunya dapat extra attention. memang bodoh la sebenarnya, sebab nak impress boyfriend or potential boyfriend. stupid. dah tak tau, buat je la tak tau, kan?
so sekarang, aku rather tak tau langsung, dari pura-pura ambik tau. rasa fake. kalau ikut rating terfaktab, aku memang yang the first level tu la. level yang tak tau rule segala. haha!!

now as the euro started, gadis-gadis diharap tabahkan je la hati. boyfriend dah tak layan awak lagi. siang-siang pun jangan harap la, dia dah penat stay up kat mamak sampai subuh. korang pegi gym lagi bagus, dari dok pegang telephone tunggu boyfriend text. tak ada maknanya. untung badan, korang jadi hot, cari boyfriend lain. muahahaha!!!!

dah la, aku nak pegi jogging.

p/s: masa dok type2 ni, tercium bau perfume bombshell victoria's secret. padahal tak ada sape pun kat rumah. maybe VS memanggil2 aku. it's semi-annual sale anyway. gotta buy something for myself, it's my birthday in 9 days!!!!! hahahhahahah!!!!

Thursday, June 7, 2012

how am i gonna wear that kebaya?

hi. so aku baru baca something on facebook. pasal muslimah yang betul-betul jaga aurat, suka pakai stokin.
even pakai selipar pun berstokin.

here's the reflection on myself.
aku sebenarnya tak suka sangat keluar pakai selipar. even pegi kedai jalan kaki pun tak suka sangat pakai selipar.
satu, pasal aku rasa kaki aku buruk. malu nak tayang kat orang. and lagi satu, sometimes selipar ni nampak selekeh. pakai la macam mana, flip-flop ipanema sekali pun, tak minat. aku cuba limitkan pakai selipar kat sekitar luar rumah je. but aku ada la jugak pakai je selipar pegi kedai mamak kadang-kadang.

so pasal kat rochester yang selalu sejuk dari panas, flip flop memang la out of questions. either boots, sneakers, or maybe flats. most of the time, aku pakai sneakers je. selesa and tak sakit kaki. senang nak kayuh bicycle pegi kelas. flats tak ada support sangat, nak melawa kadang-kadang boleh la. sekarang ni pun sebenarnya boleh je pakai flip flop, cuma aku memang tak suka.

berbalik kepada pakai stokin and selipar. pada aku, selipar ni orang selalu pakai bila pegi pasar, sebab basah kan. aku tau kaki perempuan tu sebahagian daripada aurat. tapi kalau dah pakai stokin dengan selipar, honestly aku rasa, sangat-sangat tak kena. aku selalu je nampak orang pakai stokin dengan selipar. aku rasa dari pakai stokin and selipar, lebih afdal pakai stokin dengan flats, or maybe any other kind of shoes. i mean closed toe shoes.
satu, it's like you're wearing the socks more than you're wearing the flip flops. nampak memang seriously awkward. and memang la ada socks yang separate jari2 kaki tu, tapi most of socks mana ada macam tu. nampak susah nak jalan.
aku sokong sangat orang yang suka pakai socks. aku pun suka pakai socks. but when you want to wear the socks, it's better to eliminate any kind of open toe shoes. peep toe tak kisah sangat. kalau kata senang pakai selipar sarung je, flats pun senang apa. and they are cute.
i know that my opinion tak la mengikut syarak sangat, more macam fashion advice. tapi, bila kita nak tutup aurat, why not do it a better way, kan? socks are meant to be inside the shoes, the part that covers your toes should not be exposed. it's more prone to tear up anyway.
so yeah, that's my opinion. take it or leave it.